exaggeration and tall tales galore

Thursday, November 08, 2007

E.T. menelefon rumah

Saya tahu saya sepatutnya sedang meneliti pelajaran sebagai persediaan untuk double terror yang bakal dihadapi pada minggu hadapan, iaitu peperiksaan Perakaunan kertas 3 and peperiksaan Ekonomi(prinsip ekonomi?) kertas 4. Walaupun kertas Perakaunan hanyalah terdiri daripada soalan aneka pilihan, tetapi memandangkan saya telah megebom(membomkan?meletupkan?) kertas 4, saya perlu mendapat markah penuh untuk kertas 3. Prinsip ekonomi tidak perlulah diperkatakan, memang horror teramat sangat.

Ketika saya megulangkaji pelajaran, saya sering terfikir tentang segala aktiviti yang bakal dilakukan selepas tamat peperiksaan. Saya akan pergi bercuti bersama rakan-rakan kesayangan saya! Selain itu, saya akan menonton televisyen sepuas-puasnya, kerana ketika ini, tatkala adik saya seronok menonton rancangan-rancangan menarik sambil menjamu selera dengan sandwis (sandwich) dan teh, saya terpaksa berhadapan dengan nota Ekonomi saya yang tunggang-terbalik dan berselerak di merata tempat. Saya telah berjaya menjadikan ruang tamu dan ruang makan rumah saya berkeadaan seperti warzone yang dipenuhi kertas-kertas, alatan menulis, beg, bantal dan cawan-cawan kosong. Di samping itu, saya juga akan pergi membeli-belah. Malah, saya telah menyediakan senarai barang-barang yang hendak dibeli:
  • Sepasang kasut baru
  • Buku-buku cerita, terutamanya sebuah buku nukilan Agatha Christie yang bertajuk The Murder of Roger Ackroyd (Pembunuhan Roger Ackroyd)
  • Majalah musik
  • cakera padat(saya tidak pasti artis yang mahu say beli cakera padatnya, tetapi saya bakal memilihnya nanti)
  • pengikat rambut(scrunchie?)
  • Kemeja-T yang mempunyai logo Batman(Jejaka kelawar)

Walaupun saya tidak pasti jikalau saya mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli semua barang yang dinyatakan di atas, saya tetap berazam untuk memiliki kesemuanya. Saya boleh!Malaysia Boleh! Angkasawan! Sheikh Muszaphar!

Selamat Hari Deepavali! Saya berpendapat Cambridge A-level Examination Board (Lembaga Peperiksaan Tahap A Cambridge) sangat tidak berperikemanusiaan kerana telah mengadakan peperiksaan Statistik dan juga Fizik bagi pelajar-pelajar aliran sains pada hari ini walaupun terdapat segelintir daripada calon-calon peperiksaan yang menyambut Deepavali. Mari kita cuba memaksa mereka untuk bekerja ketika Hari Natal(Krismas?) supaya mereka merasa keperitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar beragama Hindu pada hari ini.

Maafkan saya jikalau percubaan saya untuk memblog dalam bahasa ibunda telah memalukan kaum melayu secara keseluruhan. Saya sedar, penggunaan bahasa malaysia saya telah menjadi agak kucar-kacir. saya berpendapat jikalau saya mengambil semula peperiksaan SPM saya, saya tidak mampu mendapat keputusan yang serupa ketika Tingkatan 5. saya bakal menjadi seperti kakak saya yang cakap bahasa melayu seperti orang putih. Tetapi, mungkin juga tidak. Kakak saya berupaya untuk converse dalah Bahasa melayu secara formal, manakala agak kekok untuk bertutur dalam bahasa melayu pasar(pasa?pasah?) Saya pula agak hebat menyampaikan mesej dan pendapat dalam bahasa melayu pasar(pasa?pasah?), tetapi penggunaan Bahasa Melayu secara formal perlu diperbaiki.

Teruskan dengan ulangkaji! Tetapi saya mempunyai perasaan(feeling?) saya akan lena sebentar lagi.

7 comments:

aman23 said...

Saya sudah sekian lama tidak membaca begitu banyak perkataan Bahasa Malaysia, maka saya akan cuba bertutur dengan bahasa kebangsaan kit a dalam komen ini.

Saya juga telah menyediakan senarai membeli-belah selepas tamat Peringkat-A (A-LEVELS LOL) pada 21 November ini.

Saya sudah tidak sabar untuk menamatkan peperiksaan ini. Akan tetapi, saya masih ada dua kertas Kimia untuk ditempuhi, dan saya amat tak suka Kimia.

Anonymous said...

wowww...a whole BM post... =D

A said...

saudara aman:syabas, komen yang bernas sekali. tabahkan diri! peperiksaan p-tiga yang berdarah ini bakal berakhir, dan awak boleh pergi bersuka-ria membeli barang2 keinginan awak yang amatlah mahal, seperti gitar hello-kitty awak itu.

Memandangkan awak tidak suka akan Kimia, kata seru yang sesuai digunakan adalah 'cis'. CIS, KIMIA!!!

saudari shao min: haha, i must not forget my roots. saya bukan kacang yang melupakan kulit! saya bukan seorang yang melupakan akar-umbi! (and any other malay phrase or peribahasa that connotes forgetting one's roots :P)

Anonymous said...

satu percubaan hantaran ( post) dalam bahasa melayu yang sekian lama ditunggu-tunggu.

ya, jika kita imbas kembali zaman-zaman tingkatan 5 pada suatu ketika dahulu, kita sangat arif dalam selok belok menulis karangan bahasa melayu formal yang menarik hati. kadang-kadang , sampai 10 mukasurat panjangnya.
masa yang sedikit tidak dihiraukan.
asalkan, ada tidak kurang 5 peribahasa yang diselitkan semata-mata kerana A1 yang satu.

sekarang, saya agak malu hendak mengaku bahawa sekiranya diberi tajuk karangan bahasa melayu contohnya " remaja penyambung budaya bangsa" , saya sudah pasti akan terkial-kial mencari ilham nukilan.

A said...

sauari hanani:sudah tentu saya juga terkial-kial. benar kata awak saudari, saya teringat kembali zaman silam dimana karangan tidak perlu 'concise' ataupun 'direct'. Malah, saya menggunakan taktik menulis 3 perenggan untuk menyampaikan mesej yang sebenarnya boleh disampaikan dalam 3 ayat sahaja. Sebab itulah karangan saya mampu mencecah 10 mukasurat.

walaubagaimanapun, dari dahulu sehinggalah sekarang, saya masih tidak dapat menguasai peribahasa. Lagi2 bahagian kertas peperiksaan dimana kita dikehendaki mengecam atau menerangkan maksud 5 peribahasa. biasanya saya hanya mampu mengecam 2. oh, teruknya.

mostlyepiphanies said...

Wah,saya sudah lama tidak menulis dalam Bahasa Melayu formal!

Hmm...mungkin yang begini lagi betul 'punctutation' nya?

Wah!saya sudah lama tidak menulis dalam Bahasa Melayu formal.

Amboi,saya sudah lupa tanda bacaan saya!

Walaubagaimanaupun, (or is it walau bagaimanapun with the space?) saya suka artikel ini!

Peperikisaan akhir semester saya bermula dalam beberapa jam.Harap-harapnya dapat menjawab dengan baik!

A said...

saudara aijud:ish,ish,ish, kalau cikgu noorhani ataupun cikgu rafidah tahu tentang perkara ini, nahas awak! nahas bagi saya juga, kerana blog saya berterabur dengan kesalahan tatabahasa.

Walau bagaimanapun(jarak!jarak!:D i know because i had to do pembetulan for it lots of times), saya gembira awak menyukai artikel ini. saya terharu. amboi, terharunya saya! ok, kesalahan penggunaan kata seru yang ketara.

selamat menghadapi peperiksaan!saya yakin awak boleh melakukannya. Aizuddin Anuar boleh! malaysia boleh! semua yang terbaik!! (all the best :P)