exaggeration and tall tales galore

Friday, August 29, 2008

Kakak Saya

Hi. Ini kakak saya.(Yang di sebelah kiri, bukan yang di sebelah kanan).

Saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai kakak saya.

Ketika kami kanak-kanak, kakak saya suka menyakitkan hati saya. Dia sering mengusik dan mengejek saya sehingga saya berasa tertekan. Pada suatu hari, kakak saya mengusik saya sehingga saya hilang sabar. Tatkala dia sedang berjalan ke arah bilik tidurnya, saya hilang kawalan dan menerkam ke arahnya dengan mulut terbuka. NGAP! Saya menggigit bontotnya sekuat hati. Kakak saya menjerit. Saya berasa puas.

(Walaupun saya telah menceritakan kisah ini berberapa kali, saya tetap mahu mengulanginya, sempena hari yang istimewa ini).

Satu objek yang dikongsi oleh saya dan kakak saya merupakan kereta Kembara berwarna merah. Kakak saya menggunakannya ketika dia sedang menuntut di Kolej Sunway. Setelah dia berangkat ke negara asing untuk meneruskan pelajaran, saya pula menggunakan kereta tersebut. Kereta ini menjadi punca perbalahan antara kami pada suatu masa. Kakak saya telah menamakan kereta tersebut 'Sascha', tanpa meminta persetujuan saya. Saya tidak puas hati apabila mendapat tahu tentangnya ("Apa KEJADAHNYA kereta ini dinamakan Sascha?!"), maka saya pun memberi nama baru kepada kereta itu, iaitu 'Madeleine'. Walau bagaimanapun, sekarang setelah memikirkannya semula, saya tidak suka akan nama 'Madaleine'. Saya berpendapat kereta itu harus diberi nama baru yang melambangkan kegagahan(kerana warnanya yang merah). Apa kata kita berikan nama Melayu kepadanya?

Ha, saya telah mendapat ilham. Mari kita namakannya 'Keris Merah'. Saya rasa begitu sesuai. Tapi janganlah kita hilang fokus utama post ini, iaitu untuk megupas tentang kakak saya.

Kakak saya seorang yang bijak. Sepanjang hayatnya(yang InsyaAllah masih panjang), dia sering mendapat keputusan cemerlang untuk semua peperiksaannya yang utama(peperiksaan percubaan tidak termasuk). Bak kata orang putih, dia sentiasa lepas dengan warna-warna berterbangan. Dia baru sahaja selesai mendapat ijazahnya daripada universiti yang berprestij(adakah wujud perkataan 'prestij'? saya tidak pasti) dalam bidang undang-undang. Dia juga merupakan seorang yang sangat aktif, dan sentiasa terlibat dalam pelbagai aktiviti . Dia telah memenangi pelbagai pertandingan dan anugerah sepanjang zaman persekolahannya dan juga ketika dia menuntut di kolej dan universiti. Saya sungguh bangga dengan semua kejayaannya, walaupun perasaan bangga itu sering bercampur-aduk dengan perasaan cemburu yang teramat. Bak kata orang putih(sekali lagi), saya hijau dengan cemburu.

Kakak saya juga mempunyai minat dan hobi-hobi yang menarik. Dia seorang yang sangat suka akan muzik, dan telah menghadiri banyak konsert yang dianjurkan oleh pelbagai pasukan pancaragam(band) ketika dia di negara penjajah, termasuk Coldplay, Radiohead, We Are Scientists, dan sebagainya.

Nota rambang: Cubalah terjemahkan semua nama pancaragam yang disebut di atas ke dalam bahasa melayu. sungguh menggelikan hati, bukan?

Kebanyakkan artis yang saya minati telah diperkenalkan oleh kakak saya. Saya terhutang budi kepadanya di atas perkara ini.

Selain itu, kakak saya suka membaca. Tetapi ini suatu hobi yang sudah biasa didengari dan tidak menarik, maka saya tidak akan menyentuh tentangnya secara mendalam. Pendek kata, dia telah menghabiskan beratus-ratus buku. Ok, isi seterusnya.

Tapi sebelum itu, gambar yang cantik:

Dalam gambar ini, kakak saya nampak cantik. Susu goyang(milkshake) yang saya minum nampak cantik. Cuma saya sahaja yang tidak berjaya nampak cantik. Tapi tidak mengapa. Kecantikkan itu hanya sedalam kulit.

Kakak saya juga gemar menari tarian buaian!(swing dance). Pada pendapat saya, ini adalah satu hobi yang sangat hebat. Dia mempelajari cara menari tarian buaian ketika di universiti, dan sungguh giat menghadiri acara-acara menari buaian secara beramai-ramai. Malah, dia pernah menjejak kaki ke Sweden(ataupun negara IKEA) semata-mata untuk menghadiri bengkel tarian buaian. Walaupun saya tidak pernah melihatnya menari dengan mata saya sendiri, saya yakin dia seorang penari buaian yang mantap.

Ok, beralih pula ke agenda yang serius. Walaupun kakak saya pernah membuatkan saya sungguh marah hingga menggigit bontotnya, dia juga telah banyak membantu saya seumur hidup. Tatkala saya sedih, dia merupakan satu-satunya manusia yang boleh memujuk saya dengan kata-kata yang tepat. Niat saya bukan untuk berkata kawan-kawan saya memberi kata-kata yang salah, oh tidak. Maksud saya di sini adalah kakak saya memahami saya secara lebih mendalam dan mampu memahami situasi yang dihadapi oleh saya.

When I'm sad, she knows how i feel, and says the things i need to hear. She gets it right, every time. It may be cool to have a sister who went to LSE, who listens to good music, is outstanding in whatever she does and wherever she goes, and does something out of the ordinary like swing dancing. But at the end of the day it comes down to the fact that I have a sister who I can laugh with, who helps me unconditionally, and is there for me when i need her.

Saya bersyukur kerana mempunyai kakak sepertinya.

Hari ini merupakan ulangtahun hari jadi kakak saya yang ke dua-puluh tiga. Apabila saya cuba menelaah situasi ini, saya kadang-kala tergamam. Kakak saya sudah berumur 23? Ya Allah. Dia sudah dewasa. Adakah ini bermaksud saya sendiri juga sudah dewasa?

Ah, tidak mengapa. Soalan itu boleh di jawab di lain hari(dan lain bahasa). Yang penting di sini, hari ini ulangtahun hari lahir kakak saya.Satu perkara yang saya perhatikan sepanjang masa berlalu adalah bahawa semakin umur kita meningkat, ulangtahun hari lahir kita semakin kurang istimewa, dan tidak berebeza dengan hari-hari yang lain. Tetapi saya berpendapat hari lahir kakak saya harus disambut dengan seberapa meriah yang boleh. Biar meriah sampai mengalahkan hari jadi saya yang ke-sembilan, di mana saya memakai skirt kembang dan mengadakan parti serta mendapat pelbagai hadiah, termasuk anak patung Barbie yang mempunyai mekanisme beroda yang membolehkannya bergerak seperti sedang menari tarian bilik bola(ballroom dancing).

Happy birthday,kak. You deserve an awesome one.

14 comments:

Hmm... said...

hahahaha! happy birthday to your sis! aww.. such a touching post lah...snifff....gigit bontot ahahahahaha

btw..issit bidang undang undang or is there such word as bidang perundangan? =/ blehhh karat karatttt >.<

Anonymous said...

yo, gadis panas(hot babe)!!!

Satu pos yang menarik dan mencuit hati. Gigit bontot? satu adegan yang melucukan, hahahahaha!

Baiklah, selamat ulangtahun yang ke-23 kpd kakak anda!

p/s: miss you!

Atiqah said...

jerki(?) daging, kerang(clams?), tumbukan anggur(hahahaha): yes, gigit bontot, ftw!

aiyo, perundangan sounds right. kesian my bm teacher. you're right karat habis,hoho.

dirs: gadis panas!!!hahaha, bunyi macam lain plak.

terima kasih, wahai saudari. ya,adegan itu memang lucu, tetapi ketika itu kakak saya tidak gelak. die berteriak sahaja :p

saya merindui awak juga! tell me when your flight date's confirmed, yea?

the game said...

Awww,ini sangat comel!!!

Anonymous said...

it took me 10 minutes or more to read this post. I dont know if it was me who had trouble reading in Malay, or ur BM was funny..

Kak Shazana! hepi birthday, Masih muda lagi. true2 kak shazana is a very funny person, but at the same time it can be quite difficult to communicate with you , sometimes you say things which are confusing and mengarut. But that's what makes u interesting and unique.. Hepi birthday again! semoga kawin cepat!

Anonymous said...

dalam gambar tu kakak awak rupa macam ogre lah. :D

merci beaucoup, ma souer! je suis "terharu"!

whilewhiting said...

haha. i read this post yesterday. but i still can laugh and smile when i read the second time today.

this is one witty, funny, warm and indescribable bm essay attempt to your sister! go job in translating everything. although some of it doesnt make any sense. haha.

my brother's birthday was the day before you sis's. i couldn't wish. because he's in boarding school. nor he have access to my blog if i'd write anything nice. heh.

tomorrow is the sociable day! mari2! i'll drop by in front of your apartment and we go to feds square together keh? since mai dh ngan aina.

mari pergi persekutuan segi empat esok!!!

lol

mostlyepiphanies said...

Aww!Sungguh menyentuh perasaan dan menyuamkan hati!

Atiqah said...

the game(permainan): terima kasih, saudara. komen itu amat dihargai :D

syefik:trust me, it's my bm that's funny :p

kakanda: kalau kakak saya pun sudah menyerupai ogre, apetah lagi saya??

je t'en prie!:D

anna:yay, i had fun with you today, saudari!bagus2. kita perlu melakukan aktiviti bersosial bersama-sama lagi :D

i'm glad this post made you laugh! literal bm translations are an easy source of amusement,haha.oh, your brother's bday is on the 28th ek? too bad you couldn't wish him. bawak balik a nice present for him then bile ko balik nanti ;D

aijud:saya gembira kerana dapat menyuamkan hati awak,hahaha.terima kasih!

Kero Ong said...

aduh bm. why la

A said...

1. kerana ia merupakan bahasa ibonda saya.

2. kerana saya sangat suka terjemahkan frasa-frasa bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu. sungguh menggelikan hati.

3. Sempena sambutan Hari Merdeka :p

fariza azwa muhibah said...

haha ateqs,

finally ade mase nk bace blog ko.

hepi birthday to ur sis. same age ngn sis aku.

nice post! gigit bontot? adoi, dasatnye bley jongang haha.

Only Kye said...

did it taste like chicken? hahaha

how lovely for one to have a sister who can write this well about one.

saya juga cemburu akan shaz kehijau hijauan kerana mempunyai adik seperti awak yang memegang shake dengan penuh gah.

Anonymous said...

Hi !.
You re, I guess , probably very interested to know how one can collect a huge starting capital .
There is no initial capital needed You may commense to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!

I feel good, I started to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a proper partner utilizes your money in a right way - that`s the AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to get involved , just click this link http://oxiluvan.fcpages.com/tepuzuba.html
and go! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life