exaggeration and tall tales galore

Wednesday, November 11, 2009

Bum like you

Aku dah buat dua exam, tinggal dua je lagi.

Sekarang dekat Melbourne tengah panas. Panas ya rabbi. Semalam aku punye first exam, buat masa sesi petang, pukul 2.15. Ntah kenape aku pergi underestimate how hot it would be in the exam hall, jadi aku pergi pakai jeans, a blouse(tapi warna merah, sebab aku taknak pakai baju hitam yang serap haba), kasut, pastu aku pergi lepaskan rambut. Sebab rambut aku panjang, kiranya aku macam pakai scarf. Exam aku dua jam. 120 minit. Aku rasa 20 minit daripada masa tu aku sibuk fikir “panas ya rabbi”, sambil lap peluh.

Hari ni aku exam petang lagi, jadi aku pun ambik lah langakah-langkah berpatutan untuk menghadapi kepanasan dalam exam hall. Aku pakai three-quartered jeans aku dengan t-shirt, even though t-shirt tu gelebeh and dia punya collar dah bentuk pelik sebab basuh banyak sangat kali. Lepas tu aku pakai selipar dan aku ikat rambut aku biar bonjot atas kepala. Kesimpulannya, aku nampak macam orang gaji masa tengah buat exam tadi.Takpe. Aku dah biasa.(Ye,aku selalu keluar rumah nampak macam orang gaji, ape masalah kau ?)

Masa aku tengah nak jalan pergi exam hall tadi aku ada nampak seorang kawan(kawan ke? kenalan lah kiranya) aku ni tengah jalan kat depan aku. Aku boleh cam belakang dia, serious terrer. Anyway, kalau ikutkan,melainkan aku kenal orang tu secara baik, aku selalunye akan jalan perlahan-lahan, ataupun ikut jalan lain, dengan harapan aku tak payah tegur orang itu dan dia takkan perasan aku, sebab aku ni socially retarded like that. Tapi kali ni aku pegi kat betul-betul belakang kenalan aku seorang ni pastu aku pegi tepuk bahu dia. Dua benda muncul kat dalam kepala aku saat-saat aku tepuk bahu dia, iaitu:

a) Tinggi jugak dia ni, kalau nak tepuk bahu dia aku kena angkat tangan hampir separas dengan muka aku.

b) APE PASAL AKU TENGAH TEPUK BAHU DIA NI??

Aku sibuk sangat fikir pasal b), sampaikan bila kenalan aku tu pusing dan nampak aku, aku tak mampu nak senyum kat dia dan cakap ‘hi’ ke apa. Tak. Aku sekadar naikkan bulu kening sikit. Tak boleh naikkan mulut untuk senyum, naikkan bulu kening pun jadilah.

Apa kejadahnya aku naikkan bulu kening ? Gila sombong. Or just gila, fullstop.

7 comments:

kerororo said...

aduhai cute la you. i like it when you write in bm :DDD

syefik said...

Ya Rabbi... kenapa kelakar sangat ni... I can Imagine you speaking like that in bahasa....

fariza azwa muhibah said...

haha ateqs so funny.
u can elaborate dat particular moment in like, 2 paragraphs?
ending angkat kening tu mmg cukop gah. aku tumpang bangge.
x gle kot. aku prefer word stylo. brape ketol je org kat dunie nk tegor org smbil angkat kening?
tahniah.=p

Only Kye said...

Awak ni macam raja lawak. Raja lawak awak tahu???

I do that thing too, the 'if you are an acquaintance and I see you I will pretend I didn't and walk really fast or walk really slow to avoid the confrontation and social pressure for both of us to say hello when we're both really just pretending not to see each other'

Guess social retards are just cool like that. I have been known however to CHASE after the few friends I have. Then later find out, when that chased person turns around, that he/she is not my friend at all.

Hmm... said...

OMG Atiqah...This is the funniest post I've read at 3.33 am in the morning. so if you're hearing some laughters from the next room, you know why :)

Atiqah said...

kerororororo:hahahahahaha, if only it were this easy to get my infatuations to think I was cute :P

syefik: kelakar ke? mane ade...awak dah biasa dengar saye berpetah dalam bahasa melayu,bukan? heh.

juwa:itulah,bende2 tah pape pun boleh jadi cerekarama bile tulis kat blog. the powers of dramatization! :D Tapi serious, aku tak faham why I raised my eyebrows like that. Lagi2 lepas tu my friend was walking ahead while I had to turn right nak pegi exam hall, so aku pegi angkat bulu kening AND THEN JUST PUSING AND BLAH. serious fail.

kye:Raja lawak? Alamak, jangan puji, nanti kembang pulak.

hahahaha, I don't think I've done the chasing thing yet(but it's bound to happen sooner or later, I swear). But I have at numerous times walked through a crowded place with my friend beside me, see something interesting and start enthusiastically talking to her, before turning and realising my friend dah hilang and some random other person was beside me instead.
yeah. we're just cool like that.

hmmm:I'm glad you had a laugh, I'm always happy to entertain!heh.

Aki said...

I choked on my tea. You're so funny.